1.
Labuci Bunga
Digunakan untuk
membentuk sekuntum bunga kerana sudah berbentuk bunga. Cara penggunaannya
dengan memasukkan manik biji pada tengah lubang labuci ini.
2.
Labuci Bintang
Bentuknya seperti
bintang yang digunakan untuk membuat hiasan pada sulaman. Ia tersedia dalam
bentuk bintang dan juga boleh membentuk pelbagai bentuk yang lain.
3.
Ramboci
Bentuknya bulat seperti duit
syiling. Ada yang berlubang besar, bulat dan lonjong dalam pelbagai warna. Ia
digunakan untuk membuat juraian pada sulaman supaya nampak cantik dan kemas