Pages

Thursday, 2 May 2013

LABUCI v2


1.     Labuci Bunga   
Digunakan untuk membentuk sekuntum bunga kerana sudah berbentuk bunga. Cara penggunaannya dengan memasukkan manik biji pada tengah lubang labuci ini.



2.     Labuci Bintang
Bentuknya seperti bintang yang digunakan untuk membuat hiasan pada sulaman. Ia tersedia dalam bentuk bintang dan juga boleh membentuk pelbagai bentuk yang lain.

3.     Ramboci
Bentuknya bulat seperti duit syiling. Ada yang berlubang besar, bulat dan lonjong dalam pelbagai warna. Ia digunakan untuk membuat juraian pada sulaman supaya nampak cantik dan kemas 

Monday, 29 April 2013

LABUCI

1.     Labuci Bulat Mendatar

Diperbuat daripada plastik atau kaca yang sangat nipis dengan lubang di tengahnya dalam bentuk yang nipis. Ia digunakan untuk membentuk kelopak bunga, daun dan pelbagai bentuk lagi.

2.     Labuci Piring Mangkuk  

Diperbuat sama seperti labuci Bulat Mendatar dan bentuknya seperti mangkuk. Digunakan untuk membentuk pelbagai jenis bungan dan bentuk lain juga.


3.     Labuci Mata

Bentuknya seperti helaian daun dengan lubang memanjang di tengahnya. Cara untuk menggunkan  labuci jenis ini dengan memasukkan 3 biji manik  bulat ditengahnya. Labuci jenis ini boleh membentuk kelopak bungan dan daun.

Friday, 26 April 2013

SEJARAH JENIS-JENIS MANIK v.2

i.             Manik Pony
Manik jenis ini adalah sama dengan Manik Biji yang bersaiz 5, 6 dan 8 mempunyai lubang yang lebar dan sering digunakan oleh kanak-kanak dalam projek kraftangan di sekolah. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna seperti berkilau, lutsinar atau gelap.


           ii.           Manik Petite

Manik ini bersaiz kecil dimana saiznya sering kali terdapat dalam ukuran 14 dan15. Sulaman menggunakan manik jenis ini diletakkan dengan harga yang mahal kerana hasil sulaman sangat halus dan disukai penggemar sulaman walaupun leceh dan remeh.


  
             iii.          Manik Bersegi
Diperbuat daripada kaca ukir atau kristal dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jika dilihat secara teliti, kita boleh mengenali dan dapat membezakan antara ukiran kaca atau kristal.
Manik Bersegi menggunakan ukiran kaca dan kilauannya tidak menyerlah kerana cahaya yang terpancar dari pemotongan kaca secara terus tidak memberikan pembalikkan cahaya yang berkilau seperti Manik Kristal yang memberikan kilauan seperti belianHarga Manik Bersegi lebih murah jika dibandingkan dengan Manik Kristal mengikut saiz dan bilangan yang dijual dalam pasaran.

Thursday, 25 April 2013

SEJARAH JENIS-JENIS MANIK v.3



i.             Manik Begol
      Manik ini hampir serupa dengan  Manik Potongan Heksagon. Ia diperbuat dari gelas batang bersisi enam dan dipotong panjang dari Manik Potongan Heksagon. Oleh itu manik ini sering digunakan dalam setiap rekaan sulaman manik samada untuk jahitan jelujur atau beriring atau belbagai jenis batang bunga



Contoh Manik Batu Kristal
Contoh Manik Batu Permata
Oleh itu, mutiara, rhinestone, batu permata dan batu kristal juga ditambah bersama-sama dengan manik dan labuci bagi mendapatkan hasil sulaman yang kemas dan berkualiti tinggi. Hasil sulaman ini boleh menjadi warisan turun-temurun kepada generasi yang akan datang.
Contoh Manik Diamond
Contoh Manik Rhinestone

 


SEJARAH JENIS-JENIS MANIK

Kebiasaannya manik yang selalu digunakan dalam sulaman manik dan labuci adalah manik-manik seperti:-

i.             Manik Biji (Seed Beads)       

Adalah manik kaca bulat (rocailles) berbentuk donat. Manik ini dihasilkan dari gelas sejak zaman dahulu lagi. Ianya digunakan oleh orang Mesir dengan menggunakan kaedah “Pembentukan Teras”. Pada tahun 1549, kilang pertama kaca ditubuhkan di London dan pembuatan manik kaca telah berkembang dari Venice ke Bohemia melalui Negara Eropah. Teknologinya telah berkembang pesat dengan menjadikan Negara Jepun salah satu pengeluar utama manik kaca bulat dengan nama manik bulatnya adalah MIYUKI. Manik keluaran Jepun sangat diminati dan mencuri perhatian penggemar dan pengguna manik dengan kemasan dan kilauan manik yang bermutu tinggi. Antara saiz manik bulat ini di dalam pasaran adalah seperti RR15/0 (Paling Kecil), RR11/0, RR8/0, RR 6/0 (Paling Besar), RR 5/0 (E Beads) dn RR 1/0.


ii.             Manik Silinder    

Adalah sejenis Manik Tiub kecil yang mempunyai lubang yang besar. Antara manik jenis ini adalah Delica, Antique dan magnifica. Manik jenis ini selalunya disulam bersama-sama dengan manik heksagon, labuci ataupun mutiara. Terdapat 3 versi manik Silinder ini seperti Delica (dikeluarkan oleh MIYUKI), Treasures dan Aiko  (dikeluarkan oleh TOHO).


iii.             Manik Potongan Heksagon     

Manik ini hampir serupa dengan Manik Begol. Ia diperbuat dari gelas batang bersisi enam dan dipotong pendek. Oleh itu, manik jenis ini mirip bentuk Manik Begol Pendek dengan permukaan potongan dua (2) daripada satu (1)  permukaan seperti Manik Begol. Manik ini sering digunakan dalam setiap rekaan sulaman manik samada untuk jahitan jelujur, beriring atau belbagai jenis bunga.

Wednesday, 24 April 2013

PENGENALAN KEPADA BAHAN DAN ALAT UNTUK JAHIT MANIK

i     Benang

    Benang mestilah dari jenis yang halus dan berkualiti agar ia lebih mudah dicucuk ke dalam lubang jarum supaya jahitan tidak terputus-putus. Pilihlah benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit supaya menghasilkan sulaman yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Antara jenis benang yang sering digunakan adalah Benang Nymo. Benang ini adalah sejenis benang sulaman manik yang khusus diperbuat dari nylon berlilin. Benang jenis ini licin dan tahan lasak yang boleh didapati dalam saiz “00, O, A, B dan F”. Saiz yang biasa digunakan adalah bersaiz “D”. Selain dari Benang Nymo, Silamida, Kevlar dan C-Lon  adalah benang yang digunakn untuk sulaman kerana tekstur yang halus dan licin. Penyulam sulaman di Malaysia, kebanyakkan menggunakan Benang Cotton (mesin jahit sintetik)  sebagai benang alternatif sulaman.

 ii.      Jarum
     Jarum adalah elemen penting untuk memastikan sulaman manik kemas dan rapi.  Pemilihan jarum yang halus agar lubang-lubang kesan jahitan hampir tidak kelihatan disamping membolehkan jarum  melepasi lubang-lubang manik, labuci dan fabrik dengan mudah bagi mengelakkan berlakunya kedutan pada fabrik kesan dari tarikan benang di atas fabrik. Jarum direka khusus untuk sulaman dengan beberapa saiz, antaranya adalah bernombor 8 hingga 15. Oleh itu, hanya jarum bersaiz 8 hingga 11 sahaja yang biasa digunakan untuk jahitan manik. Jarum jenis ini mempunya lubang benang halus memanjang tetapi kecil pada bahagian pangkalnya.

iii.    Gunting (Cutter)
       Digunakan untuk memotong benang sewaktu menyulam. Oleh itu, banyak fungsi  seperti digunakan untuk mencuit mana-mana bahagian sulaman yang salah dan membetulkan sulaman dengan memotong bahagian tersebut tanpa merosakkan bahagian sulaman yang sedia ada. Ia juga didunakan untuk memotong lebihan hujung fabrik.



iv.    Pen Mudah Padam (Washable Pen) 
       Membuat lakaran dan melukis sulaman di atas fabrik bagi memudahkan kita menyulam dengan pelbagai rekaan yang dilukiskan.

v.     Penetas jahitan 

       Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetas jahitan. Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Tuesday, 23 April 2013

PERJUMPAAN KHAS DENGAN Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR


Tanggal 23 April 2013, Ahli Parlimen Putrajaya Y.B Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor telah hadir di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk sesi beramah mesra dengan pengundi-pengundi di Parlimen Putrajaya.