Pages

Wednesday, 24 April 2013

PENGENALAN KEPADA BAHAN DAN ALAT UNTUK JAHIT MANIK

i     Benang

    Benang mestilah dari jenis yang halus dan berkualiti agar ia lebih mudah dicucuk ke dalam lubang jarum supaya jahitan tidak terputus-putus. Pilihlah benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit supaya menghasilkan sulaman yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Antara jenis benang yang sering digunakan adalah Benang Nymo. Benang ini adalah sejenis benang sulaman manik yang khusus diperbuat dari nylon berlilin. Benang jenis ini licin dan tahan lasak yang boleh didapati dalam saiz “00, O, A, B dan F”. Saiz yang biasa digunakan adalah bersaiz “D”. Selain dari Benang Nymo, Silamida, Kevlar dan C-Lon  adalah benang yang digunakn untuk sulaman kerana tekstur yang halus dan licin. Penyulam sulaman di Malaysia, kebanyakkan menggunakan Benang Cotton (mesin jahit sintetik)  sebagai benang alternatif sulaman.

 ii.      Jarum
     Jarum adalah elemen penting untuk memastikan sulaman manik kemas dan rapi.  Pemilihan jarum yang halus agar lubang-lubang kesan jahitan hampir tidak kelihatan disamping membolehkan jarum  melepasi lubang-lubang manik, labuci dan fabrik dengan mudah bagi mengelakkan berlakunya kedutan pada fabrik kesan dari tarikan benang di atas fabrik. Jarum direka khusus untuk sulaman dengan beberapa saiz, antaranya adalah bernombor 8 hingga 15. Oleh itu, hanya jarum bersaiz 8 hingga 11 sahaja yang biasa digunakan untuk jahitan manik. Jarum jenis ini mempunya lubang benang halus memanjang tetapi kecil pada bahagian pangkalnya.

iii.    Gunting (Cutter)
       Digunakan untuk memotong benang sewaktu menyulam. Oleh itu, banyak fungsi  seperti digunakan untuk mencuit mana-mana bahagian sulaman yang salah dan membetulkan sulaman dengan memotong bahagian tersebut tanpa merosakkan bahagian sulaman yang sedia ada. Ia juga didunakan untuk memotong lebihan hujung fabrik.



iv.    Pen Mudah Padam (Washable Pen) 
       Membuat lakaran dan melukis sulaman di atas fabrik bagi memudahkan kita menyulam dengan pelbagai rekaan yang dilukiskan.

v.     Penetas jahitan 

       Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetas jahitan. Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

No comments:

Post a Comment