sejarah manik dan
labuci.
- Manik telah bermula dari tahun 1200 hingga 1300 dahulu , disulam pada pakaian yang diperbuat dari batu,kayu dan pelbagai bahan lain. Selepas dari itu, manik disulam pada pakaian telah menjadi semakin menyerlah dan popular. Tahukah anda dimana sulaman manik ini di temui?
- Teknik sulaman dan seni jahitan manik dipercayai berasal dari negara Timur Tengah.
- Tahun 1964, fosil seorang pemburu sejenis reptilia spesis adik beradik buaya yang dikenali sebagai Cro-Magnon dijumpai di tepi sebuah sungai di Vladimir, Rusia. Apa yang menarik dari pakaian bulu pemburu ini hinggalah ke topi dan boots yang dipakai dipenuhi dengan jahitan sulaman tangan baris-baris manik berwarna ivory dalam bentuk melintang.
- Pada masa kini, sulaman manik dan labuci telah mengalami perubahan dimensi atau fenomena baru dalam Industri Tekstil.
- Manik dan labuci memiliki bentuk, saiz, warna dan bahan yang pelbagai dan sangat menarik mata untuk memandangnya.
- Sulaman manik dan labuci boleh didapati pada pakaian, aksesori wanita dan sebagainya.
- Manik-manik dan labuci yang dijahit pada pakaian adalah kecil, ia diperbuat dari plastik dan akrilik yang bersifat lutsinar atau berkilau. Kualiti dapat menentukan kilauan warna serta kemantapan ukuran dan lubangnya. Kesamaan ukuran, bentuk dan lubang memberikan keunikan kerja dan keindahan seni terhasil.
- Hasil sulaman manik dan labuci boleh dijadikan warisan turun-temurun kepada generasi akan dating kerana hasil seni ini tidak dimakan zaman.
Oklah...kita bersambung pada episod akan datang...insyaAllah...wasalam...
No comments:
Post a Comment